AWAS TIKA MELANGKAH

Semua orang ingin dirinya dianggap benar. Benar dalam segala tindak-tanduknya seharian. Samada kebenaran dalam percakapannya, I’tikad, manhaj yang dipegang jua kaifiat ibadah yang sering diamalkannya. Ingin semua tentang dirinya selalu di “ia” kan. Ya… saya menganggap ini sebagai suatu etika yang bagus. Ingin dianggap benar! Namun, perlu ada sedikit penambah baikan pada usaha yang murni ini.


Ramai yang berjuang namun tidak mengerti akan apa yang diperjuangkannya. Tapi pabila ditanyakan kepadanya “apakah yang anda perjuangkan? Menggeleng!!!! Aduhai…. Sedih! Kejar bayang dalam gelita. Sia-sia! Kemudian tanpa segan silu mau dirinya dianggap benar! Pejuang agama yang benar! Sedangkan I’tikad sudah terpesong, mau ditarbiyah orang lain. Eh! Tarbiyah??????

Emmm…. Maaflah orang tarbiyah (bukan semua). Makalah saya bukannya hendak menghentam kalian. Namun bertujuan memurnikan keadaan. Air yang keruh sudah pasti amat jelek untuk dilihat, apakan lagi hendak diminum! Orang tarbiyah kebanyakannya ramai yang masih belum clear tentang tarbiyah. Membabi buta. Sengaja nak daftar nama dalam list golongan musta’jilun! Golongan yang tergopoh-gapah! Belajaq la asas dulu cik awang oii!!!


Emmmm…. Nie baru sentuh bab tarbiyah. Belum masuk bab manhaj dan I’tikad lagi. Maaf la, kebanyakan orang tarbiyah ni masih lagi kelabu kepala pasal bid’ah ni. Kalau cakap bab bid’ah ni depan depa, mesti baran! Sensitif! Yelah, tempat mencari rezeki! Kalau tak buat tahlil tak masuk la duit poket. Kan??? Maaflah… saya mintak la sangat pada depa-depa yang bawak tarbiyah, orang-orang haraki yang duk asyik dengan politik bagi clear dulu pasal ni. Maksud saya perlu ada perubahan, pengislahan dalam gerakan kalian. Kalau nak cakap terus terangnya, “bagi clear dulu pasal ilmu yang shahih dalam jemaah depa.” Lagi-lagi yang jadi pimpinan. Kalau saya sebagai mahasiswa, so saya seru yang dilantik menjadi pimpinan kolej. Depa all bagi clear dulu silibus tentang aqidah. Bukan setakat belajaq uluhiyyah, rububiyyah dan asma’ wa sifat aja! Banyak lagi yang depa kena clear. Coz nanti orang ramai akan nilai depa. Depa akan ditanya pasal ni!


Kalau budak haraki pula, ramai yang ta’sub! Taqlid membabi buta! Babi pun ada yang tak buta. Biasanya budak-budak haraki ni dilantik tanpa depa sedar. Tup tup nama dia naik. Sepakat jemaah yang lantik. So, bila dah dilantik, tak taw nak wat keja apa. Nak capai jalan mudah, taqlid jela. Ikut je semua. Copy paste. Hingga yang bid’ah pun disapu. Tak tapis langsung. Konon nak bawak da’wah. Dakwah taik kucing! Ikut system warisan aja. Buat la pengislahan. Baru intelektual. Baca, faham, kaji kemudian kalau benar-benar kajian depa tu dah shahih, ikut seperti yang da dalam qur’an, hadith yang shahih. So, laksanakanlah. Baru ada budaya ilmu. Ilmu yang shahih.


Kalau cakap pasal sunnah, depa tutup telinga. Kalau pasal sunnah ni, bukan mahasiswa aja… bahkan orang ramai pun marah. Sehingga timbul istilah “budak salafi”. Kalau yang lagi killer dapat pangkat “wahabi” la. Macam-macam ragam manusia. Sayang sangat adat lama. Orang PAS pun sama. Konon bawa Negara Islam! Penghayatan tentang manhaj Islam yang suci pun tak clear lagi. Semangat terlebih. Hyperaktif tak bertempat. Sibuk duk laung, promot depa nie ahlu sunnah wal jamaah! Tapi xsedar sebenarnya depa nie sebenarnya ahlu bid’ah wa firqah. Tapi tak semua la. Sapa yang terasa pedas lada jela. Tak semua. Emmmm…. Kalau orang UMNO lagi la! Hai…. Berubahlah.
Depa banyakkanlah majlis ilmu. Dan pastikan majlis ilmu yang depa anjurkan tu benar-benar bawak manfaat. Ajar ilmu yang shahih. Jangan duk asyik anjur yang bid’ah je!


Renungan dan tohmahan saya ni bertujuan murni. Rancanglah satu proses pemurnian gerakan dakwah depa wahai “budak sir wa hazar”! jangan depa masih duk di takuk yang lama sedangkan musuh utama Islam sedang bergerak membina kejayaan demi kejayaan hasil pengislahan demi pengislahan dari gerakan dakwah mereka. Maaf kerana makalah ini terlalu beremosi. Kritikan tentang emosi saya harap dapat dilupakan. Sekian.

0 comments: