HARAKI SALAFI VS HARAKI BID'IE

Alhamdulillah masih diberi kelapangan untuk mengisi kekosongan entri di blog saya ni. Maklumlah, cuti sakan sampai lupa nak jenguk blog. Apa pun, cuti singkat kali ini amat bermakna buat saya. Insha Allah posting saya kali ini lebih santai dan simple. Banyak perkara yang dapat saya kaitkan untuk blog saya kali ini.
Haraki salafi vs haraki bid’ie. Kenapa nak vs pulak?? sedangkan keduanya haraki, berbentuk gerakan. Emm…jika bertanya pada masyarakat sir wa hazar, depa akan jawab “emmm..!!! sikda bezanya…”
Biarkan persoalan tentang haraki. Entri kali ini lebih menumpukan pada perbincangan santai. Insha Allah moga dengan santapan yang sedikit ini dapat merungkai segala kekusutan untuk manfaat bersama. Berbalik kepada topic. Kepincangan yang berlaku dalam proses pemahaman manusia akhirnya membawa kepada kurangnya daya faqih ilmu. Kefahaman yang ‘amiq, jitu, terang lagi bersuluh. Apa lagi kalau bukan suluhan Al-quran dan sunnah.
CERITA SANTAI
Angin damai pagi bertiup sepoi menyamankan jasad saya dan ayah yang tercinta. Pagi lagi saya dan ayah keluar pi kedai kopi. Nak santap makanan untuk isi perut. Sampai saja di kedai, kedengaran sahutan suara memanggil ayah saya. “Ustaz..!!!! meh duduk sini ustaz… ada perkara besar nak cerita ni…!!!!!”
Hai….gamat apa plak pakcik sorang ni. Tak mengapalah. Bersahaja. Saya dan ayah melabuhkan punggung di kerusi berhampiran. Bersetentang dengan dua orang pakcik. “emm… apa yang besar sangatnya…?” ayah saya mula bertanya. Diam sunyi hening bening je semua.
“ ustaz….!!!abes la ustaz…!!!nie haa…!!!tok guru nik aziz denagn haji hadi awing tu dah join wahabi dah…!!! Abes la….!!!!”
Huh! Hamper tergelak saya dengan ayah. Takpe la…cover!!! Satgi terasa plak pakcik ni. “emm…apa wahabi tu?” ayah saya bertanya, sengaja.
“alahhh….yang semua nak ringkas tu la….!!! Maulud nabi x buat…ni sekarang tengah bsing di Kelantan nuh…!!! Tok guru x bagi buat…!!! Abes la…. Nie semua pemikiran golongan muda la nie..!!!
Wahh..!!!pukulan maut disitu. Emm… pakcik ni kalau dilayan. Kang x pasal naik angin. Pastu mula la adegan cakap tuduh sana, tuduh sini. Semuanya tak kena. Entahlah. Moga tuhan berkati dirimu lantas memberi juga kefahaman padamu. Amein.

Inilah krisis. Suasana tempang dapat dilihat. Jelas. Bagi mereka yang serius, aktif dalam haraki. Kurangnya suasana pembentukan ilmu. Membawa kesan pada kurangnya tarbiyah. Tarbiyah disini bukan membawa erti tamrin. Harap maklum.hu3.
Wahai mereka yang mengaku berjuang di jalan Allah!!! Apakah kamu mengerti bahawa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga??? Walhal, bahkan, sedangkan dirimu masih belum diuji. Mafhum ayat quran.
Ya…. Ujian ilmu. Sukar untuk diterima. Bagi mereka yang bergelar haraki salafi. Tahniah! Teruskan perjuangan manhaj kalian. Jangan kerana termakan dek perangkap ilmu membuatkan aqidah anda dicemuh oleh Allah Ta’ala. Jahil untuk mengetahui sesuatu kebenaran sedangkan anda telah dilimpah ruah lambakkan oleh ilmu jua kefahaman yang benar. Namun dek kerna hawa nafsu membuai sayu membuatkan dirimu layu tanpa ilmu.
“jadi….nak wat cmna tok guru n haji hadi dah join wahabi nie?” ayah bertanya pada yang ditanya.
“eemm…….!!! Ntah la ustaz…..!!” jawaban yang sempoi.hu3.
SEKILAS PANDANG
Saya pun kurang mengerti, apa yang belum cukup lagi dalam dakwah yang dipelopori kebanyakan jemaah di Malaysia ni?? Emmm…nak ckp silibus As-sam’u Wa To’ah tak diajar dalam jemaah. Dah ada. Cakap berapi sana sini “kita kena ikut, patuh pada pimpinan…!”. Emmm…yela tu. Tapi bila smpai bab ilmu tentang kebenaran. Tak taat pon. Dengar tu ada la. Tapi wat2 pekak.
Apa pun…bukanlah niat saya untuk menghukun sesiapa bahkan saya tidak menghukum sesiapa pun. “Inil hukmu illa lillah. Amara illa ta’budu illa iyyah. Zalika dinu qayyim. Walakinna aksarannasi la ya’lamun.” Ayat quran. Jelas. Sebenarnya tanggung jawab yang utama sebagai solusi untuk permasalahan ini ialah kembali pada ajaran islam yang sebanar. Aqidah yang sejahtera.
Kata al-qardawy : “ kembali pada ajaran Nabi dan para sahabah. Jauh dari prkara bid’ah yang mengelirukan ummah”.

Jangan kerna ikutkan nafsu. Semua yang tak ada keshahihan dalam agama dibenar anggukkan. Hingga ada yang sanggup guna nama orang besar untuk dapatkan saham kepercayaan ramai. Katanya “emm…dulu ana berguru dengan haji hadi awang, dalam sehari tu lebih 3 kali pi wat tahlil..!”
Coretan singkat ini tidak berbaur emosi. Insha Allah lambat laun kefahaman akan memenuhi dada insan semuanya. Amein. Akhirnya, takziah diucapkan pada ayah saya coz kena sekat lagi dari menyampaikan kuliah di masjid. Dicop wahabi katanya…

Insha Allah, moga ujian yang mendatang lebih menguatkan jiwa ayahku sayang dalam menghujankan da’wah al-Haq. “tidak ditimpa ujian itu melainkan dengan izin Allah, siapa yang beriman padaNYA akan tenang jiwanya dalam menghadapi ujian” firman Allah.
Coretan singkat untuk tatapan semua. Penat bercuti layan adik bongsu, si umayr ni. Huhu… menaip ni pon sambil dukung umayr. “Takpa la umayr…. Apa pun jadilah haraki salafi bukannya haraki bid’ie kan umayr…!!”huhuhu… perlu coz ilmu salafi shahih. Benar dari sunnah Nabi n para sahabah. Benar dari pendalilan hujah Quran. “ Kan umayr…”
(umayr nanges,nak pi dodoi dalam buai) sekian.

1 comments:

ahsanta ya akh..
btl tu..ana stuju..
rmai drpd ikhwah kte yg bgitu sbk ber'siasah' sehingga trlps pndg dlm pguasaan ilmu trutmanya ilmu quran dan hadis ni.,shgga ade yg berani malabelkn sseorg itu adlh WAHABI,SESAT..,apabila ssuatu amln yg dlakukn lain drpd kebiasaan..
smoga ALLH mlmphkn rhmt kpd kta dlm mmhmi ilmu agr trglg dlm glgn salaf as-soleh..ameen..