PANDANGAN SEMULA TENTANG ILMU?

Alhamdulillah…...usai sudah aku dari solat jumaat.Beginilah rutin keadaannya,tiap kali tiba hari jumaat pasti jiwa ini akan dibersihkan.Digilapkan dengan air mata keimanan jua dituntuni dengan tiap amalan kebaikan yang mathur dari NABI SAW.Jumaat kali ini amat bermakna bagiku,mana taknya,duduk bersebelahan dengan ayahku mendengar khutbah dari khatib yang bertugas.Inilah pertama kali dalam hidupku jua kuharap bukan untuk kali terakhirnya,kebiasaannya ayahku akan berada di mimbar khutbah pada hari jumaat menyampaikan pidato khutbahnya.Namun kali ini ayahku tidak dikurniai kekuatan untuk berpidato,demam…..tak larat agaknya.Topik kupasan khutbah jumaat kali ini agak menarik,aku beranggapan bahawa ada baiknya jika ku kongsi isi khutbah jumaat pada kali ini pada sidang pembaca.


KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU…Tajuk yang sudah boleh dikatakan agak simple,lapuk,namun penghayatan serta pengamalan mengenainya amatlah mendukacitakan,sadis.Umum umat ISLAM telah mengetahui bahawa menjadi kefardhuan yang amat dituntut kepada setiap muslim untuk menimba ilmu.Seperti di dalam hadis NABI yang berbunyi:

(طلب العلم فريضة على كل مسلم)

Maksudnya:menuntut ilmu itu adalah kewajipan kepada setiap umat ISLAM.



Umum sering terdengar jua ketahui bahawa hadis NABI ada menyebut secara mafhumnya: Tuntulah ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad.(من المهد الى اللهد)Ini menunjukkan kewajipan kita sebagai seorang muslim untuk menuntut ilmu tidak kira berapakah usia kita,baik kanak2 yang masih berhingus ataupun golongan veteran jua pak cik-pak cik yang sering memenuhi ruang kedai kopi.Sidang pembaca yang mulia,ingatlah tatkala NABI SAW ber’uzlah di Gua Hira’ maka turunlah pada BAGINDA malaikat jibril alaihissalam membawa perutusan dari ZAT yang MAHA AGUNG,dinamakan WAHYU.Maka ingatkah sidang pembaca sekalian,perkataan,wahyu yang mula diturunkan pada junjungan mulia.Ya…BACALAH!BACALAH!BACALAH!

0 comments: