JAUHI BUDAYA TAKSUB

Assalamu'alaykum wbt.....


Luahan rasa,jiwa yang murni harus disuci. Aku.........insan,hambaNYA, KHALIFAH.... Ahhhhhhh.........!!! Tiap kali diri menghadapkan diri pada ILAHI. Terasa diri penuh dengan kesilapan nista jua dosa. Terkadang terasa diri bagai dibebani hujan permasalahan, penuh gundah, tak tentu keruan, malap dan kian bertukar gelita. Harus ku biar diriku terus begini??? Sudah pasti tidak!!! Tidak sama sekali! Tidak!! Harus diingat.....Tiap hamba-NYA pasti sentiasa ber"hijrah". Harus sentiasa menyucikan dirinya... Aku??? Ya!!! Harus aku sucikan diriku... Harus!!! Teringat aku pada firmanNYA.... Begini maksudnya berbunyi...



Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan
beriman), dan dia ingat nama Rabbnya, lalu dia sembahyang. (QS
Al A'la: 14-15).


Aduhai.....Emmmm.....Penjenamaan semula....Ku fikir harus dijenamakan kembali. Dinaik tarafkan urgensi dakwahku ini.... Makin ilmuku bertambah, makin ku ketahui akan kejahilan diriku... Indah kata-kata yang diungkap oleh Imam Syafi'e... Benar apa yang dikatakan beliau!!Teramatlah benarnya...eh!!!


Alamak....x sempat nak habiskan typing aku nie...maaf tergantung..ada hajat...nanti sambung semule...(nak pi kampus daa.....naek bas...kawan dah tggu...) adehhh!!! xsempat plak....ada masa smbung taip...maaf.....wassalam....
akan bersambung...........
alhamdulillah..emmm...akhirnya...ada juga kelapangan untuk ku sempurnakan posting ku nie..
ringkasnya begini,penjenamaan semula yang aku maksudkan ialah penjenamaan diriku ini..ya! semua orang pasti bersetuju bahawa tiap jiwa itu pasti atau wajib untuk berhijrah. dari takuk lama ke takuk yang lebih sempurna. semuanya adalah untuk melengkapkan diri kita semua insan sebagai ustaziyatul alam,sebagai khalifah yang akan mencorak ketamadunan hidup kita.maka, tamadun yang berbentuk bagaimanakah yang ingin kita bina?? tamadun yang usang?jumud?ketinggalan??lemah dari segala aspek??samada ilmu ataupun material??
adapun,penjenamaan aku adalah penjenamaan tentang pemikiran!fikrah!fikrah yang suci yang perlu semua insan untuk mengikuti jua meneladani sebagaimana yang di'jenamakan' oleh Nabi Muhammad s.aw....walaupun aku masih bergelar sebagai seorang mahasiswa, adapun kebiasaan orang mengatakan aku baru "setahun jagung", "masih merangkak,jalan pon x betul lagi"!!!
namun harus diingat!!! ilmu,pemikiran tidak diukur berdasarkan faktor umur,usia. namun ianya diukur berdasarkan keshahihan ilmu, kejernihan pemikiran kita dalam melayari samudera hidup yang sering mengganas. jika dahulu blog ku ini ku penuhi dengan makalah-makalah atau artikel yang kebanyakannya di'copy paste' sahaja..(ada yang ditulis sendiri) kini, aku berusaha untuk menyampaikan kepada masyarakat luahan hati ini, jiwa yang sering bergetar, merintih, merayu agar diselami.......dihayati..... dengan menaip sendiri. original dari lubuk hati....
tanggung jawab berdakwah bukanlah hanya menunggu sehingga kalian masuk ke dalam mana-mana jama'ah, tidak!!! walaupun ku tahu bahawa berjamaah itu suatu keperluan.. sebagaimana yang dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w namun, harus disedari tanggung jawab ini perlu digalas walau dimana sahaja bumi dipijak. aku kesal kerna ada sebahagian ustaz-ustaz yang pabila dijemput untuk hadir memberikan sedikit pengisian, ada yang bertanya..."errr.... kamu nie jema'ah ape??? kalo bukan jemaah saya, saya x mau lah!!!
Aduh...!!!!!! duhai manusia yang dipakaikan oleh masyarakat dengan gelaran "ustaz", "prof" atau apa-apa pun gelaran.. sedarlah!!! tanggung jawab berdakwah kini meliputi ruang lingkup yang lebih luas... jauhilah budaya ketaksuban!!! assabiah!!! berdakwahlah untuk AGAMA kalian!! bukan untuk kepentingan PERIBADI kalian!!!
apapun, diri ini jua insan biasa,maka aku mengharapkan khabar yang baik dari imanku jua iman kalian...
emmm...bersambung... ada kelas....
wassalam....

0 comments: