PANDUAN ILAHI DISALAH ERTII

Bismillahirrahmanirrahim…..
Alhamdulillah, puja dan puji ku panjatkan kehadrat ilahi kerna dek rahmatnya yang sentiasa dan akan berterusan melimpah ruah pada hambanya hingga menjelmanya hari pemusnah segala makhluk ciptaannya maka dapat saya kecapi nikmat jua rahmatnya ini. Moga dengan kesempatan yang diberikan ini dapat ku manfaatkan dengan sesempurna mungkin. Insha ALLAH.


Makalah saya pada kali ini insha allah lebih menumpukan pada persoalan pokok dalam agama yang saya anuti. Agama yang tiada keraguan jua tiada tanding taranya berbanding dengan agama yang wujud di dunia ini. Persoalan TAUHID. AQIDAH. IKTIQAD. Yang menjadi dasar atau teras pada seseorang insane dalam kehidupan demi mengESAkan Tuhan Maha Agung.
Sebenarnya ada kisah menarik yang berlaku pada diri saya, lantas membuatkann saya begitu ghairah untuk menulis makalah ini. Moga tika saya menulis makalah ini, saya dipandu dengan panduan ilahi. Segala kekurangan atau kesalahan moga para pembaca dapat memberi teguran atau nasihat. Jika benar, maka sudilah jika sekiranya para pembaca berkongsi makalah ini pada insane lain. Moga usaha yang sedikit ini diterima oleh Allah hendaknya. Amein.


Alhamdulillah. Usai sahaja saya dari menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, iaitu solat subuh lantas terus saja saya melangkah keluar mencari kedai makan untuk mengisi perut yang kosong ini. Melilau saya mencari kedai makan di terminal makmur. Maklumlah, dah lama tak balik negeri sendiri ni. Bertolak dari kota bharu jam 11 malam. Emmmm…. Ingatkan bolehlah sampai awal. Namun factor cuaca tak membenarkan. Tak mengapalah. Ketentuan Tuhan, tiada daya saya sebagai hambanya untuk menyangkal. Tapi, bagus jua sebenarnnya. Nyenyak tidur saya dalam bas tika dalam perjalanan. Penat. Emm… tinggalkan bab ni. Ada yang lebih penting sebenarnnya yang ingin saya kongsikan.


Kaki melangkah laju mencari mangsa untuk dijejaki. Melilau mata memandang mengintai ruangan kedai untuk dikunjungi. Perut makin memulas. Nasib tak kena sawan je. Alahai….. sedih2…. Nak buat camna. Nasib badan. Sedang asyik melangkah, Akhirnya langkahku terhenti di depan sebuah restoran mamak. Rahath Restaurant. Emmm…. Penganut islam owner restoren ni. Baguslah. Bukan mudah nak cari restaurant Islamic di Bandar kuantan ni. Terus kaki menapak mencari ruang untuk duduk. Ruang hadapan menjadi pilihan. Terus, beg sandang diletakkan di kerusi sebelah dan dikeluarkan buku yang masih belum saya khadamkan lagi. Majmu’atur Rasail Hasan Al-Banna. Tanpa kusedari, berdiri seorang mamak muslim di hadapan saya. Mau amek order la tu. Jap2.


“Emmm… bagi teh tarik dan roti kosong satu ya…!”

Lantas buku ku tatapi. Membaca penuh tekun. Ayat demi ayat. Frasa demi frasa. Baris demi baris mula meligat berputar di ruangan minda. Proses pemahaman mula berlaku. Selang beberapa minit. Pesanan saya telah sampai. Ku biarkan saja tidak terusik di tepi meja. Buku terus ku tatapi. Sedang asyik membaca, kerusi dihadapan saya ditarik kuat. Muncul tubuh seorang manusia. 50-an anggaran usianya. Bermisai. Lantas berbicara pada saya.

“emmm.. bleh pakcik tengok buku yang awak baca?” soalan lantas diutarakan.

“owh…boleh2… tengok la.” Ku membalas permintaannya sambil buku kuhulurkan kepadanya.


Dibelek buku tersebut dari awal hingga kulit penamatnya. Lama juga saya menunggu. Tak berapa lama kemudian beberapa soalan umum diutarakan pada saya. Nama, umur, study lagi ka?, study katna? Dan macam-macam lagi la. Bertubi-tubi diajukan pada saya. Dijawab oleh saya dengan tenang dan sopan. Ayu.huh!


“dik! Pak cik pun da buku gak. Nah tengok!” dihulurkan padaku buku yang pada pengamatanku masih belum sempurna lagi penulisannya.

“ni buku karangan pakcik sendiri! Cuba la tengok.” Mengomel lagi.

“Camna?ok?” mengomel lagi.

“komen laa!” lagi.

“emm…komen ye..!” dan lagi.

“ISTILAH DAN RISALAH MENGENAL DIRI”


Emm… tajuk buku karangan pakcik nie.
Lantas saya membuka dan menyelak helaian demi helaian. Sudah pasti yang menjadi tumpuan yang utama saya ialah isi kandungannya.
Owh! Buku tarekat rupanya. Tarekat dari mana ntah pakcik nie. Ngaji di pondok agaknya. Berminat juga saya tengok buku tersebut. Buku ku belek, dari daftar kata terus pada huraian isi kandungannya. Menerangkan tentang sifat-sifat Allah. Emmm… masya Allah. Setelah kian lama saya membelek buku yang penuh dengan penyimpangan atau penyongsangan dari memahami agama, lantas ku pulangkan kembali kepada pakcik tersebut. Perbualan seterusnya menyusul.

“ macam mana dik?” soalan diaju. Mungkin kerna kurang senang dengan tindakan saya mencebik muka dan mengerutkan dahi ketika membelek buku beliau sebentar tadi.

“emmm… macam nie la pakcik.. saya nie kurang minat dengan tarekat-tarekat nie. Duk kaji tentang sifat-sifat Allah… sifat 20… bagi saya semua nie menyusahkan kita dalam memahami agama… maaf la saya ckap cmnie…” terus terang saya bernada.

“eh! Adik nie x beriman la kalo cmtu!!!”

“ jangan melabel seseorang dengan mudah cik..! beginilah, pemahaman saya dengan pakcik amat berbeda…ok!” terus ku menjunam pada pemutus bicara. Malas nak berhujah dengan pakcik nie. Nanti x pasal2 melayang…….. emm… melayang sifat sabar saya nie.

“emm… ok… tapi seblum tu pakcik nak Tanya dik… bleh dik terjemahkan surah al-fatihah?”

Tanpa menolak permintaannya. Saya terus membaca surah al-fatihah beserta tafsirnya. Hingga ayat yang terakhir. Puas hati pakcik tadi agaknya, tersenyum aja.

“ok…. Emmm…dik! Dik taw manusia terdiri dari apa?”

“Xtaw… terangkan la cik…” jawab xtaw jela mudah. Nak dengar hujah pakcik ni.

“ kita nie sebenarnya terdiri dari roh, jasad dan jiwa. Dik taw apa makanan jiwa?”
Menggeleng. Mungkin ini cara yang terbaik.

“ jiwa makanannya zikir. Sebab tu kita kena selalu zikir. Nak lagi bagus, zikir ramai-ramai. Kuat-kuat! Lagi meriah! Adik taw makanan jasad?”
Menggeleng.

“ makanan jasad nie la yang adik makan nie.. hahahaha!” berdekah pakcik smart nie ketawa. Lawak sangat la kot. Memikirkan masa yang singkat. Maklumlah. Bas sedang menunggu. Terus aku berhujah.

“pakcik… kenapa pakcik zikir kuat2? Ramai2? Sebab nak nmpak meriah??? Knapa?? Sebab Allah tu pekak ke?? Maaf cik… saya puji dengan penulisan pakcik nie. Ada usaha tapi pakcik telah tersasar dalam memahami agama. Agama islam yang mudah telah pakcik payahkan. Sehingga orang bukan islam nk masuk islam pun takut. Takut nanti nak masuk islam, kena zikir ramai-ramai. Pakcik, ingat! Dalam memahami islam. Perlulah kita didorong oleh petunjuk ilahi. Wahyu. Yang ditunjukkan Allah kepada nabi kita. Kalau tidak, pakcik akan didorong oleh syaitan, nafsu pakcik sendiri! Sehingga pakcik mereka-reka perkara yang tidak ada kaitannya di dalam agama islam. Pakcik menjelaskan pada orang rmai melalui buku pakcik nie tentang sifat-sifat allah, hingga mengambil masa yang lama untuk abeskan silibus nie. Dan last skali orang yang msuk islam pun pening allah nie macmna,cbuk duk kaji tentang hal yang menyusahkan. Padal ckup skadar dijelaskan qulhuwallahu ahad. Allahussomad. Lam yalid walam yulad. Walam yakun lahu kufuan ahad.”


“ok dik… adik kurang faham nie… adik masih budak kcik. Baiklah dik, adik taw x al-quran diturunkan kepada sapa sbenarnya?”

“kepada nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan jibril a.s, juga kepada kita umat manusia.” Saya menjawab.

“ owh… tidak… quran just diturunkan kepada nabi Muhammad, bukan untuk kita. So, xpyah la kita duk baca, hafal. Just kita hafal sifat 20 ckuplah!”

“astaghfirullah… pakcik, bukan ka sifat 20 tu terkandung dlm quran? Pa hujah pakcik ckp cmtu?

Terdiam.

“ sedangkan ada ayat menjuru s kpada kita umat mnusia. Ya ayyuhan nas. Bukan ka kita nie manusia. Saya mnusia. Pakcik mnusia. Kalo pakcik xngaku mnusia, pakcik p la duk kat planet lain selain dari ciptaan allah nie.”

“adik x fham lagi nie…” pakcik bersuara. Emm… ayat sama,xda modal la tu.

“Ok la pakcik, saya xmau lama dengan pakcik. Bas saya dah tunggu tu. Just nak tnya ja, tadi pakcik duk cbuk ckp psal mkanan jiwa kita nie zikir. Emmm…. Pakcik dah solat ka???

Terdiam. Kemudian menggeleng.

“ pakcik nak taw, mafhum hadith nabi ada mengatakan bahawa zikir yang paling utama ialah solat.Lagi, tadi pakcik duk cbuk ckap tentang jasad, pakcik taw cmna nk jaga jasad kita nie??

“makan nasi la” jawab pakcik spontan.

“ok… abes napa cik isap rokok nie??? Pakcik taw kan nie smua mudharat??”

“owh… rkok x haram dik… kalo haram pon, bertaubat la. Allah kan maha pengampun. Pakcik x solat lagi nie nanti pakcik jama’ la.”

“hah! Jama??? Subuh mana bleh jama’ cik!”

Ahhhh….. bendul rupanya pakcik ni. (kasaq cket)

“aduhai….pakcik2…. cmnie la pakcik… bley saya amek pict buku pakcik nie….saya nak promot dalam blog saya… bley?”

“eh! Mana bley dik! Pakcik nak kuarkan dlu, nak publish. Nak edarkan pada syarikat penerbitan buku. Kalo adik nak, nanti la adik dapatkan kat pasaran.”

Wow!!!! Siap nak pasarkan lagi. Ok, xpela…. Terpakse la saya amek pict buku pakcik tu scara senyap2… dah minx izin dia xbagi… saya nak amek pict buku pakcit tersebut sebenarnya berniat nak hebahkan pada orang awam tentang kemungkinan akan merebaknya budaya pemahaman islam secara songsang di Negara kita. Lagi-lagi pakcit tersebut nak terbitkan dan edarkan pula pada syarikat penerbitan buku. Lantas, 3, 4 keping gambar pakcik itu ku ambil secara senyap2. Maaf pakcik.

“emmm… ok la pakcik.. saya minta undur diri dulu”

Pantas saya minta undur diri kerna orang ramai mula menumpu pada perbualan kami. Ada yang tertawa berdekah-dekah melihat gelagat pakcik tersebut. Ada yang mula mengisi ruang kosong di meja kami duduk. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi. Pantas, tangan kuhulurkan pada pakcik tersebut.

“pakcik….maaf kalau saya terkasar bahasa… moga Allah member hidayah pada pakcik”

“owh…takpa…dik pasni tmbah ilmu k..dik x fham lagi nie..”

Eemmmm…. Ego pakcik masih belum kendur.

“baiklah pakcik…ingat! Jangan dinilai ilmu seseorang pada tahap usianya, tapi lihat pada pemahaman kita dalam mempelajari ilmu. Ok la pakcik. Assalamu’alaikum.”

Tangan berjabat. Ku genggan erat tangan pakcik tersebut sambil berdoa agar beliau akan diberi kefahaman yang sebenar dalam mendekatkan pada Allah Ta’ala.
Lantas terus ku menuju ke kaunter bayaran. Orang ramai mula memandang ke arahku. Ada yang bertepuk tangan. Bertakbir. Emmm…. Mungkin bersetuju dengan hujah saya sebentar tadi. Tak mengapalah. Tak penting. Sebelum meninggalkan restaurant tersebut, sempat lagi saya memandang kea rah pakcik tersebut lantas menghadiahkan sebuah senyuman. Senyuman untuk menenangkan jiwa. Juga sebagai uslub dalam menyampaikan kebenaranku.
Bas ku naiki. Terus ku dapatkan seat aku yang terletak di penjuru belakang bas. Punggung diletakkan di kerusi. Menyandar. Bas mula bergerak. Mata ku kian layu. Dengupan jantung mulai tenang. Akhirnya, lena ku dalam kepenatan.


Nota kaki:
• Banyak perkara yang dibincang tak dimasukkan kerna risau menggugat kedudukan beberapa nama.
• Perlunya kita kepada pemahaman secara menyeluruh di dalam agama Islam.
• Jauhi bid’ah, ikuti sunnah Nabi s.a w
• Doakan pakcik tersebut diberikan hidayah oleh Allah Ta’ala. Insha ALLAH.
• Jika kedapatan buku tersebut di pasaran, sila jelaskan pada masyarakat umum akan hakikat yang sebenarnya.

0 comments: